*Tips sambung belajar*
Assalam ,
seperti dijanjikan kena lah upload blog baru yang dah lama terperam dalam lubuk hati.
Well today aku nak share tips yang berdasarkan pengalaman aku lah ye untuk kengkawan yang nak sambung belajar. Tak kesah apa evel, bagi aku once dah cita-cita nak sambung study its a good start and finally you have to completed the study as I really wish you GOT (Graduate on time).
Yang sebenarnya aku tak layak pun nak bagi tips ni sebab kita punya hala tuju berbeza. Dengan pengalaman aku yang baru jadik student balik ni..ecehhh so just sharing lah
Untuk yang nak sambung master/phd:-
1) Tentukan bidang UTAMA anda.
2) Kena buat priority yelah sebab master/phD kira bidang yang akan jadi expertise kita.Tak bole tak sure sebab anda akan jadi penyumbang utama dalam bidang ilmu tersebut. Yelah nk jadi resource person kan satu hari nanti..Kalau bidang pun tak tentu hala..hah kan susah hidup nanti
3) CONNECTION - buat lah network dan link kan bidang anda dengan sifu utama anda. Di Jepun kami akan panggil SENSEI who is our CIKGU dalam bidang tersebut. Kalau boleh mintak email address, no telefon dan tahu tentang beliau (macam apa yang dia tulis, bidang kepakaran dia)
Ini untuk pastikan kita dapat sifu yang betul. Manatahu rezeki anda satu hari nanti dapatlah ganti tempat dia kan :)
4) FOLLOW UP - dah tahu tentang SENSEI anda, perlu follow dia...ikut dia kalau dia tulis banyak paper...baca dan jadikan bahan rujukan utama atau tengok rujukan yang SENSEI/SIFU anda jadikan rujukan. Baca baca dan baca (nasihat untuk diri sendiri juga)
5) Hah itu aje tips yang ringkas untuk student yang sama-sama berjuang macam aku khas untuk yang buat RESEARCH...yang nak buat COURSEWORK utk master..go ahead...anda hanya perlu attend class, jawab kuiz, dan ambil exam...kalau ada elemen research sikit sahaja sebagai requirement untuk anda graduate..Itupun project mini dan akan di buat bersama rakan sekelas. Tak jadi masalah (Lain Uni Lain approach nyer) Rujuk pada universiti anda ok...
Uhu rasanya tips aku bagi sebab aku follow juga tips ini. MAsalah utama masa tu aku ada conflict of intereset antara job sebenar aku dan bidang pilihan aku. Hanya Allah swt yang membantu aku masa itu dan melorongkan aku ke bidang yang aku ingin jadi expert..Tourism Managament. Alhamdulillah
Itulah nikmat terbesar Allah...
Masa jumpa sensei (bakal SV) tahun 2012 aku ke Conference International untuk present paper on behalf my bos kecik. As aku pun co-author dan paper research itu kami tulis bersama, Allah izinkan aku langkah kaki ke bumi kenyalang pada masa itu.. Masa itu, aku diperkenalkan dengan Sensei aku oleh seorang wanita yang sangat suppport aku untuk buat tourism di tempat kerja aku.
Atas bot untuk fildtrip aku kenal dgn sensei, terus sensei tanya "Mahu buat phd di Jepun?"
Masa itu aku baru je tamat Master di UiTM Shah Alam dan belum konvo pun.
Aku pun telan air liur...
Malam tu, solat istikharah, solat hajat dan cerita dgn husdand.
Confirm lah banyak halangan dan aku pun tak ready.
Tapi entah kenapa bila SENSEI email.aku tersu jawab nak sambung..
Gerakan hati dari Allah SWT..Dengan kekuasaaan Nya, aku diterima jadi PhD candidate
Arwah abah macam tak setuju sebabnya tidak dikenalpasti.
Mungkin dia risau cucu sulungnya tak dapat didikan agama sempurna bila ke negara bukan Islam.
Sangat mencabar untuk yakinkan arwah abah
Sampailah arawah abah pergi, ibu aku still tanya betul ke nak pergi Jepun?
Allahuakhbar masa tu memang aku rasa nak nangis dan nak koyak je tiket flight aku...
MAsa ziarah kubur arwah abah aku cakap aku nekad nak sambung. Mungkin dengan sambung PhD aku dapat sedikit semangat untuk berjuang di negara orang.
Ya perjuangan PhD bukan mudah
Bukan seperti buat Master (yang hanya transition period) boleh tambah element dan mengguna pakai theory dan apllication sedia ada.
PhD juga pada hakikatnya buakn mudah, Memang banyak cara dan tips untuk GOT seperti Dr. Othamn Talib yang banyak curahkan ilmu tentang Tulis Tesis Cepat.
Jadi di sini lah perjuangan aku.
Genap 3 bulan di bumi matahari terbit, menanti perubahan musim iaitu musim Winter yang akan aku harapkan dapat jadi pengalaman pertama yang teramat manis.
Suhu ada kala -1 sebagai cabaran utama utnuk aku bnagun pagi dan mula menulis dan menaip proposal
Nasihat aku, ayng nak sambung
Jgn putus asa mencuba-Peluang banyak dan ada di mana-mana, mintak yang terbaik dariNya
Yang tengah sambug study macam aku
Jom teruskan perjuangan ini. Perjuangan belum selesai selagi belum ada paper atau jurnal diterbit
Bangun TAHAJUD, DHUHA setiap pagi, Al- Quran aim sekurang-kurangnya 4 pages sehari, SEDEQAH (walau di Tokyo tak ada yang layak terima sedeqah; buatlah makanan jamu jiran tetangga), dan Al-Waqiah sekurang-kurangnya 1 kali sehari..Tak lupa zikir Al Wahhab 40 ribu X
sehari..
Aku masih cuba amalkan ia...dan puasa juga sebab sekarang masuk magrib awal...(Autumn dan Winter Masa malam adalah panjang).
Yang dah selesai PhD-TAHNIAH...anda telah jadi penyumbang ilmu utk bidang anda. Semoga titik permulaan itu jadi Langkah terbesar untuk anda TERUS menyumbang kepada dunia ilmu yang sangat kecil ini.
Ilmu Allah yang luas langit dan bumi memang kita tak terjangkau.
hah apa lagi...ini je...Daa..nak pergi lab dan sambung buat research...
Tima kasih sudi baca
Alhamdulillah, almost 1 month pencetus semangat aku dah hidup bersama di Ochiai -3-chome aku hehe
Dengan rakan seangkatan sama scholarship-ASIAN HUMAN RESOURCE FUND 2014
Melawat Sahabat yang study di CHIBA UNI, Chiba
Autumn in my backyard. Yup di belakang rumah aku. Sangat Indah ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah...
Winter soon...WELCOME Sugoi...! :)
4 comments:
Assalamualaikum,
Saya baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi dan kini berkhidmat di Universiti Malaya sebagai Research Assistant. Saya berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan PhD dalam bidang Psikologi di Jepun.
Soalan saya;
1) Bagaimanakah cara untuk saya menyambung pengajian ke peringkat Master di Jepun? Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil? Saya telah melayari laman Universiti pilihan namun gagal menjumpai bahagian untuk saya membuat permohonan. Saya difahamkan sistem pengambilan di Jepun adalah berlainan.
2) Adakah saya perlu mengambil dan lulus Entrance Exam sebelum diterima sebagai pelajar pasca siswazah di Universiti di Jepun?
3) Ramai yang mencadangkan untuk memohon SLAB/SLAI cuma saya tidak pasti samada saya perlu memohon Universiti yang berada dalam lingkungan top 50 atau bebas memilih mana-mana Universiti. Setakat ni saya lihat hanya ada 5 Universiti di Jepun yang disenaraikan oleh Mara sebagai pilhan (Kyoto University, Osaka University, Tahoku Universitiy, University of Tokyo, Tokyo Institute of Technology)
4) Adakah saya perlu mengambil kursus bahasa Jepun sebelum berangkat ke sana atau adakah saya akan diberikan kursus bahasa Jepun sebaik saya diterima masuk ke Universiti yang dipilih?
5) Bolehkah saya mengambil Master dan seterusnya meneruskan pengajian ke peringkat PhD jika saya dibawah biasiswa atau tajaan mana-mana pihak?
6) Jika saya membuat Master by Research di Jepun adakah saya perlu membuat Research tersebut dalam bahasa Jepun?
Mohon maaf jika terlalu banyak soalan dan kurang jelas dari pihak saya. Harap boleh emel saya di ziq.sdq@gmail.com supaya dapat berinteraksi dengan lebih jelas. Terima kasih.
Waalaikumusalam...saya rasa better email ni.
panjang sangat...saya pun cerita berdasarkan pengalaman saya dan saya bukan lah di taja oleh MARA
saya di taja oleh biasiswa kerajaan Jepun yang mana sangat berbze requirement Msc dan Phd
Maaf banyak soalan saya tak dapat jawab...
Saya nak tanya, di jepun anak2 belajar di mana?
Anak saya umur 4 tahun ada Meiji Seitoku (Tadika) di sini.
yang kecil 2 tahun tidak ke nurseri sebab husbnd cuti tanpa gaji
Jadi beliau jadi househusband di sini
Post a Comment