Sunday, January 18, 2015

Pengalaman 3- PhD di Jepun

Assalamualaikum..
Wah telah Tahun baru 2015.
Ehmmm selalu kaitkan tahun baru dengan azam baru? Aku ponya azam..biarlah aku sendiri yang tanam dan simpan dalam hati...Dah tulis dalam hati buku aku dan juga dalam diari...:)
Actually dah 19 hari di tahun 2015. Banyak cerita suka, sedih yang melanda...
Alhamdulillah pada Januari 3 (Maulidur rasul 12 Rabiulawal) telah berlangsung majlis pertunangan sepupu aku bersama pilihan tercenhta nya..Se moga Abg Ajin (a.k.a Mr Romis Razin Adilha bin Datuk Abd Jais) dan tunang tersayang Hanez Suraya Abdul Aziz dapat ke jinjang pelamin seperti dirancang pada Mac 2015 nanti....amin....

Yang sedih dan dukacita...banyak saudara mara dan sepupu juga yang telah pergi pada Januari 2015.
Tanggal 12 Januari, nenek sepupu kesayangan aku..meninggal dunia semoga Dalina Muhaimin sekeluarag tabah menghadapi dugaan ini. Arwah nenek yang biasa aku panggil "nenek" sangat peramah dan baik hati. Selalu berkunjung ke rumah arwah masa aku kecil2 untuk ke pasar malam hari jumaat, semasa hayat arwah abah besarkan aku dan adik di kampung sijangkang..Rindduuuuu sangat rumah sijangkang..rumah kampung yang banyak kesah suka duka masa aku membesar dan ibu dan arwah abah susah payah sekolahkan aku, ualng alik dari Sijangkang ke Shah Alam sepanjang 17 tahun. Lepas beli rumah di shah Alam memang jarang dah balik sijangkang.

Buat arwah Hajah Fabilah Abdul Halim..kenangan bersama mu sebagai kakak sepupuku yang paling peramah tak ku lupa. Arwah pergi mengahadap Illahi pada pagi khamis, Janari 16 yang lalu kerana kanser otot. Ya Allah, sepanjang hayatnya, beliau memang rajin terutama untuk deko2 di majlis perkahwinan sanak saudara dan sangat prihatin dengan arwah abahku.Teringat seminggu selepas Swayal tahun 2014, beliau dan suami lawat abah di rumah dan singgah utk beritahu arwah nak tunanikan haji, masa aku juga ODW ke Jepun...sedih.itulah kali terakhir, aku arwah abah dan arwah Kak Bilah berborak...sesungguhnya Rahsia Allah swt sangat besar. Itulah kali terkakhir kami sempat bermaaf-maafan :((((

Al fatihah untuk semua insan-insan yang aku kenali dan semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditemptakan di kalangan para solehah...aminnn
aku diperantauan hanya mampu kirimkan doa dan ingatan yang tulis ikhlas...
Siapa kata tak rindu Malaysia.
Itukan tempat tumpah tanah darahku... :)

Well...hidup kena terus, Aku tahu inilah pengorbanan yang terpaksa aku tempuh semasa berada di perantauan...Hidup sebagai musafir tidak patahkan semangat aku nak terus berjuang bagi habiskan pengajian PhD...Agi idup agi ngelaban...Perjuangan belum selesai.
Allah swt telah janjikan ini;ah yang aku kena hadap utk sebuah kejayaan yang lebih manis di masa hadapan...In sha Allah Aminnnn semoga cita-cita nak menyumbang ilmu kepada masyarakat akan di permudahNya.

Well said, aku dan keluarga telah melaway DisneySea pada November 28 2014, sempena kedatangan sepupu-sepupu ku dan suami serta ibu tersayang.
A few gmbr aku attachkan.
Untuk bayaran masuk ke disneysea JPY 6400 seorang ya..Kanak-kanak bawah 3 tahun ke bawah percuma. Aku pergi hari Jumaat memang tak puas masa tuh.
Perjalanan kami : Narita Airport > DisneySea > menaniki bus limosin > balik ke Maihama Station > Shinjuku Station > KeioTama Center Station
memang letih.

Kebetulan barang-barang beg dan kotak yang di bawa dari Malaysia, terus aku pos dari Narita Airport...Dalam sebiah beg anggaran JPY 1600-1700/pax dan postman akan hantar ke muka pintu anda. Bayangkan rumah apartmen aku tingkat 4 jenuhlah postman tu angkut 10 beg luggage dan 3 kotak makanan kami...berbaloi!
OK sesiapa nak tahu lanjut service delivery barang dari Airport-ke rumah/hotel/pejabat beralamat di Jepun silalah refer MR gugel > nasihar aku buka guna gugel chrome sebab mudah untuk English ver

http://www.narita-airport.jp/en/guide/service/list/svc_05.html

http://www.kuronekoyamato.co.jp/en/tourist/airport/


Ok then pada 2015, kami memulakan bulan pertama dengan ekspidesi kami ke Asakusa, Tokyo Skytree dan juga Odaiba (aku dah pergi dua kali)
Ini trip weekend terpanjang aku bersama 2 gadis-gadis kesayangan aku dan suami. Kami join kawan baik aku punya trip sebab dia pun bawak famili abg dia berjalan

Ok, boleh gugel information untuk keterangan lanjut. Sebab kalau tambang train dan tambang bus amat berlainan ikut destinasi ye kawan2.

Asakusa:  http://www.jnto.go.jp/eng/location/regional/tokyo/asakusa.html
JR kanto pass (untuk pelancong sahaja layak) http://www.japan-guide.com/e/e2361_06.html
JR kanto pass: http://blog.gaijinpot.com/cooling-kanto-area-pass/
Odaiba: http://www.japan-guide.com/e/e3008.html

Ok ini sahaja setakat ini. Nak buat breakfast dan start ritun harian ke lab di campus Minami Osawa

Mattane (see you later)

Ini gambar kami semasa di disneysea November 2014
Safmili reunion after almost 2 mmonths aku berpisah



Ibu , sepupu aku zaity , anak sedara sepupu aku, ruzaini, Julis Juliana hehe dan somi terchenta





Fimi hanani farhah , babah & chipmunk






Penulis bersama keluarga tersayang


Next time aku upload gmbr ke asakusa dan Odaiba....


No comments: