Bismillahirahmanirrahim.
Syukur alhamdulillah. Di kesempatan aku pegi fieldwork, dapatlah coret-coret sikit. Tetibe dapat azam baru at least nak buat post 1 cerita sebulan. Bergantung pada masa, peluang dan keadaan sebenarnya.
Paling aku suka 2013 adalah tahun anjakan aku ke alam 3 series. Alhamdulillah masih berpeluang nak dapat rasa apakah 3 series ini beri sesuatu yang berbeza dalam life aku.
Sekarang aku di kawasan Taiping untuk buat kerja luar bagi projek konsultansi dengan Jab Perhutanan Ng Perak. Paling best dapat juga buat xtvt outdoor, trekking and menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Dah nama pun aku reccers ala2 ectourist..haruslah seronok bila kena kerja luar.
Sesekali keluar dari rutin kan syok. Nanti balik opis dapatlah idea baru ker kan...
Sekarang mmg dah start rasa rindu kat si FHF...my darling tuh tgh buat apa lah yer....
Hari ini topik utama nak cerita pasal FHF yang dah semakin ligat membesar... Nak tgk masa gambar 1st day aku lahirkan FHF...?
Itu gambar selepas aku deliver FHF dlm pukul 8 pagi..jam 4.05 am FHF lahir.Tempat lahir di Selangor KPJ Specialist Hospital. Dalam surat beranak JPN tulis Selangor Specialist Hospital, Shah Alam.
Masa ni aku rasa tak mengantuk pun walaupun malam tuh aku tak tido
Mau nya nak tido menahan contraction sakit pinggang dgn rasa perut yang mengeras tuh, mana lah nak tido kan.
Aku rasa lepas deliver and keluar labour room aku tido pukul 12 tghri kot lepas makan nasi. Masa 1stday tuh rasa dunia nih mcm kita yang punya. Alhamdulillah princess aku sihat walafiat dan tak dijangkiti jaundice pun...
Balik ke rumah Kristal Inn (umah aku kat Sek 7 Shah Alam) bebetul jam 7 pm, lps magrib.
Itu cerita 13.9.2011 dan hari ini, my lit FHF dah menginjak 1 tahun 4 bulan..dah masuk care centre pun untuk biasakan dia berkawan. Cerita pasal U&I CareCentre akan aku stori mori next post ya..
O ok ini gmbr FHF yang sangat dirindui itu
Hihi...ini gmbr semalam (9 Jan 2012..masa tuh aku dtg CareCentre dia utk jenguk dia dan dia rupenya aktif mengintepretasikan seni di wajahnya) Ha itulah colour yang dimake up sendiri di mulutnya yang cute tuh! :)
FHF mmg kecik2 ada je skin problem as aku dijangkiti allergic rhinitis masa preggy tahun 2011 tuh.so aku punya allergic tuh menurun ke dia. But as 2012 dia semakin sihat.Kulit alhamdulillah smkin ok dan totally out from eczema. Cuma kalo habuk, carpet dan kena apa2 yang berbulu mmg dia akan cpt sikit tergaru2 lah..
Apa pun cukup ini dulu utk permulaan 2013. Tunggu for next post. Untuk cerita pasal PERAK, pasal my resolution 2013 dan banyak lagi. Hihi..
Sekian, wasalam.
No comments:
Post a Comment