Hai..Kembali lagi berceritera. Lepas makan dalam bilik hotel. Hotel di kawasan Ipoh ini banyak pilihan.
Tahun 2013, ini adalah kali pertama kerja luar. Selalu orang-orang kerja research kata pegi fieldwork
Jadi bila ke Fieldwork orang tahu lah sama ada masuk hutan, data collection ataupun hanya ambil gambar sampel.
Kerja luar kali ini aku takda lah excited sangat sebab dapat pun last minute punya order.Haha, kerja nya mudah. Tapi tough. Masuk hutan kawasan perkampungan orang asli yang berbukit bukau tu dan cari data maklumat untuk tengok kawasan tadahan air.
Gambar kawasan tadahan air atau water intake ni aku perlukan bagi buat laporan terhadap penggunaan kawasan tadahan air oleh orang Asli.
Sebenarnya bila cakap pasal kebergantungan manusia dengan hutan, yang paling 100% masih bergantung pada hasil hutan tentunya Orang Asli. Sebab kebanyakan mereka masih lagi dapat hidup dengan hasil hutan. Ada juga Orang kita (Melayu) yang tinggal berhampiran tapi kebergantungan itu dah kurang sangat. Sebab kebanyakan dah keluar ke bandar2 besar untuk cari makan.
Alhamdulillah segala tugasan minggu ni dah selesai. Jumpa Tok Batin, jumpa Orang-orang kampung dan masuk kawasan pedalaman.
Tapi perkampungan yang aku jejaki tu taklah hulu sangat. Semuanya dah moden sekarang. Rumah dah ada yang guna Astro, masuk dalam kawasan hutan pun dah guna kereta. Jalan ada yang jalan bertar. Air sungai pun guna sesekali untuk beriadah je. Sebab masing-masing dah ada saluran air paip kat rumah :)...
Canggih.
O lupa, kerja luar seterusnya mungkin lebih banyak lagi sebab kerja-kerja research aku ada banyak melibatkan kawasan-kawasan luar daerah KL/Selangor. dah nama jadi researcher so banyaklah kena kaji dan selidik. Kadang-kadang seronok, tapi mmg seronok sbb aku mmg orang outdoor. Tak betah sangat kerja opis straight seminggu.
Tapi kelemahannya sejak ada anak ni kalau aku ada maid dan kudrat bawak kereta sendiri mesti aku dah angku buah hati pengarang jantung aku tuh. FHF harap faham kerja mama ye sayang. Ini tanggungjawab mama. Kerja kan amanah dan ibadah juga,nanti bila Fimi besar mama akan cerita lagi betapa bestnya jadi scientist /researcher nih.
So a few lah gambar semasa fieldwork..Ada yang semalam sempat singgah ke kawasan Larut-Matang..Makan mee udang Miesah.
Kalo nak pegi aku tak sempat tag koordinat GPS tapi cuba lah tnya orang-orang Taiping/Larut-Matang mmg dh dekat tuh. Kawasan ni menghala ke kawasan Hutan Bakau Larut -Matang. Apa yang special?
Pasal Mee Udang la. Masa aku nak makan tuh Mee Udang Special dah habis (means yang special adalah udangnya, udang Laut) jadi aku makan mee udang biasa, udangnya udang ternak. Tapi still manis...
Tak silap aku pada papan harga RM6, sbb masa nih R.A aku si Farit yang belanja..Nak berkenalan dgn Farit?Hehe silakan ke Painx facebook :) Jangan marah ek Farit. Dia single but not available. Moga rezki mu makin murah ye dik..
O gambar masa fieldwork banyak.So tak boleh sangat nak upload. Banyak dan besau2 saiznya.
Mlm ni Farit , dan yang lain2 ke Uptown Ipoh..Kat town Ipoh tu. Aku dah biasa sangat pergi masa fieldwork 2 bulan lepas. Jadinya tak larat nak berjalan malam2 ni.Tu yang ada masa membebel kat blog. Ok lah ini je untuk tatapan semua.
Terima kasih sudi membaca, Wassalam.
No comments:
Post a Comment