Friday, June 5, 2015

Homestay Jepun 1

 My little hana in Winter time :)

 My campus..
Lovely campus Tokyo Metropolitan University
Very good environment and it wan Autumn 2014- October

Sushi time with my siblings, cousins, family
when they came last April 2015


Fuh....nak upload gambar berjalan banyak sangat...tapi kalau nak tahu psl jepun,,,
huda boleh cakap it was and will be very good environment

cuma sometimes mmg feel ckp dgn nihon jin mcm ayam dgn itik tapi belasah je
lelama dah terbiasa
jadi ok aja...
kita buat hal kita je...


o kalau sapa tanya pasal pakej homestay
currently kami buat pakej homestay + breakfast
and bento (if requested)

Bento Halal nih kami buat suka2 sebab nya susah sikit cari makanan halal di bumi sakura

kalau ada,,, memang mahal dan jauh sedikit dan tidak semua station ada halal menu...

so prefer  lah mana yang korang nak...


Pakej homestay + breakfast

RM 75/ head/night

Kemudahan nya
#set bilik tidor (tatami ye; tikar jepun + tilam+bantal+selimut)
# ada kipas/ heater (bergantung pd season korang datang)
# wifi dlm rumah (24hrs unlimited)
# heater shower
# kettle
# microwave
#breakfast menu(nasi lemak/western/ Malaysian style)


kalau nak pakej tourist guide kena buat harga lain sebab bergantung pada iteneri dan juga
tempat airport yang kami akan pick up korang
sebab charge untuk yang arrive di Haneda (tokyo) @ Narita (Tokyo) banyak bezanya

so kalau dah booked tiket tuh cepat2 contact kami ye


So far bulan August dan awal (5)september dah ada booked

Bulan 12 hingga Januari 2016 pun dah nak full booked


Yang masih kosong Autuman 2015 (Oktober-November)


Destinasi?
Banyakkkkkk tak larat nak masuk dlm gmbr hahaha


ok

Whats app ye nak booked homestay +818053895247
email : ladyfarhana@gmail.com
IG : huda2708


 @ Odaiba (Art Museum ~ entrance fee 900JPY dlm RM 27 per adult)
Banyak sangt dia punya art..best!

 INi acara wajib kalau di Odaiba
Ferris wheel (dlm 900JPY jugak untuk gondola yang warna warni)
Kalau gondola yang CLEAR (warna putih lagi mahal skit)
Tiket beli kat Machine/ ada sales girl jual

ini Lah yang di cari kalau di Odaiba ~ Patung Gundam...femes ni lah kat Jepun,
Tapi sumpah aku tak pernah tgk pun cerita dia
kalau tunggu smpi mlm kat 
Diver City Plaza ni, Gundam akan bergerak2 siap lampu2 bagai hahahah
Masuk ni free tgk lah puas2...
Memang syok...Tapi anak gadis aku menangis masa p tgk GUNDAM

 Ini tram masa aku p conference kat Kagoshima
Memang havoc p sana..
Aku buat poster presentation je
Tapi sangat lah happening sebab first time round luar dari Tokyo prefecture

Hehe Harga tram seperjalanan (mana2 station pun dalam 180 JPY ~ RM 5.40)
 Ini best masa first time aku sampai kat Karuizawa Outlet Shopping Park
Memang ler shopping sakan
Havoc
Hahaha
Ini depan butik apa ntah depan MK ke Coach ke? atau depan Ralph Lauren
hahaha
lupa dah ingatan makcik :(




 Kenangan di platform tunggu shinkansen (bullert train) masa ni kami ambil pas JR KANTO untuk 3 ari berturut2 naik shinkansen round satu tokyo
P lah area mana janji akwasan KANTO
ada yang best guna shinkansen ni sbb ID dlm shinkansen ni mcm hotel


Mak aku, adik aku dan anak sedara aku...try bergambar dengan mata shinkansen





Ini tempat wajib sampai di sini

Tokyo Disneyland


Nov 2014- Disneysea
April 2015 Disneyland

Lenkali nak p lagi hahaha sebab tak puas



Then aku nak try juga melawat masjid2 di Tokyo ni

In shaAllah tunggu pos akan datang


Nak dtg jepun boleh contact  homestay kami
:)

Huda
Tama, Tokyo

Jepun...Jepun...Jepun.....

Hai....Assalamuaaikum
Konbawa....
maaf lah lama sangat huda menyepi kan..
Last blogwalking rasanya Januari

Sekarang dah June 2015 dan tinggal 11 hari lagi meniti Ramadhan 1436


huhu.....waduhhh post pasal jepun ni mmg femes kot...
ramai lah dok pakat tanya escp pasal study..
Adik2...kakak2..abg2...yang comel2 belako...ni nak habaq mai..
apa yang saya tulis ni adalah berdasarkan kepada pengalaman semata ye..jadi lain padang lain belalang,
lain biasiswa lain approach nya...lain kerajaan lainlah undang2 nya..
so before nak p study jejauh...kasi kenal dulu serba serbi luar dalam ya..

ni nak bagi pengajaran sebab saya smpi jepun TANPA bahasa jepun...
ingat ya..TANPA bahas jepun,.sampai sini memang merangkak, menggelusur lah belajar
dannnn alhamdulillah sekurang-kurangnya lepas lah nak p kaimono (shpping) or p makan kat resutoran kan...
so pepandai lah nak hidup....

Hah bercakap pasal Jepun,huda sambung lah lagi pasal sekarang nih mcm2 isu yang ada dlm kepala nih...


1- Rasanya huda nak share pasal apa yang huda buat di sini ye

2- Huda study pasal Tourism Sc...and my project two scope (urban parks dan homestay) tapi matlamat yang sama iaitu kaitannya dengan nature attractions dan how homestay di malaysia ambil importance of nature attractions in their recreation package/programme

3- Di samping tu, huda merupakan online entrepreneur..ada jual kain online dan usahakan some part time job dgn husband (homestay dan tourist guide) untuk Org Malaysia yang datang ke Jepun


so mana yang menarik nak cerita..
hahaha huda cerita pengalaman jenjalan aja lah lepas nih

Bukan maksud huda tak study ye di sini
Cuma jadual di sini kita sendiri yang manage

Macam huda ke kelas Isnin hingga Khamis..
Jumaat amik tugasan di rumah
Sabtu dan Ahad giliran ke lab pulak..
Jika cuaca sabtu tak hujan, kami buat family outing
Jika hujan, huda akan ke lab dan teruskan research mcm biasa

 Ahad...jika tiada yang urgent half day kembali ke lab dan petang makan di luar bersama famili
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah suasana pelajaran di sini flex sbb kami pelajar phD jadi ada masa sibuk dengan presentation , ada masa sibuk dengan writing paper analisa data, key in data, data collection hahahah
kan dah dapat time management tuh

Ok ok nak buat pos baru...pasal jenjalan....bye!


assamualaikum...
oyasuminasai


Matta ashita
~Huda, Tokyo, June 5/2015~



Sunday, January 18, 2015

Pengalaman 3- PhD di Jepun

Assalamualaikum..
Wah telah Tahun baru 2015.
Ehmmm selalu kaitkan tahun baru dengan azam baru? Aku ponya azam..biarlah aku sendiri yang tanam dan simpan dalam hati...Dah tulis dalam hati buku aku dan juga dalam diari...:)
Actually dah 19 hari di tahun 2015. Banyak cerita suka, sedih yang melanda...
Alhamdulillah pada Januari 3 (Maulidur rasul 12 Rabiulawal) telah berlangsung majlis pertunangan sepupu aku bersama pilihan tercenhta nya..Se moga Abg Ajin (a.k.a Mr Romis Razin Adilha bin Datuk Abd Jais) dan tunang tersayang Hanez Suraya Abdul Aziz dapat ke jinjang pelamin seperti dirancang pada Mac 2015 nanti....amin....

Yang sedih dan dukacita...banyak saudara mara dan sepupu juga yang telah pergi pada Januari 2015.
Tanggal 12 Januari, nenek sepupu kesayangan aku..meninggal dunia semoga Dalina Muhaimin sekeluarag tabah menghadapi dugaan ini. Arwah nenek yang biasa aku panggil "nenek" sangat peramah dan baik hati. Selalu berkunjung ke rumah arwah masa aku kecil2 untuk ke pasar malam hari jumaat, semasa hayat arwah abah besarkan aku dan adik di kampung sijangkang..Rindduuuuu sangat rumah sijangkang..rumah kampung yang banyak kesah suka duka masa aku membesar dan ibu dan arwah abah susah payah sekolahkan aku, ualng alik dari Sijangkang ke Shah Alam sepanjang 17 tahun. Lepas beli rumah di shah Alam memang jarang dah balik sijangkang.

Buat arwah Hajah Fabilah Abdul Halim..kenangan bersama mu sebagai kakak sepupuku yang paling peramah tak ku lupa. Arwah pergi mengahadap Illahi pada pagi khamis, Janari 16 yang lalu kerana kanser otot. Ya Allah, sepanjang hayatnya, beliau memang rajin terutama untuk deko2 di majlis perkahwinan sanak saudara dan sangat prihatin dengan arwah abahku.Teringat seminggu selepas Swayal tahun 2014, beliau dan suami lawat abah di rumah dan singgah utk beritahu arwah nak tunanikan haji, masa aku juga ODW ke Jepun...sedih.itulah kali terakhir, aku arwah abah dan arwah Kak Bilah berborak...sesungguhnya Rahsia Allah swt sangat besar. Itulah kali terkakhir kami sempat bermaaf-maafan :((((

Al fatihah untuk semua insan-insan yang aku kenali dan semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditemptakan di kalangan para solehah...aminnn
aku diperantauan hanya mampu kirimkan doa dan ingatan yang tulis ikhlas...
Siapa kata tak rindu Malaysia.
Itukan tempat tumpah tanah darahku... :)

Well...hidup kena terus, Aku tahu inilah pengorbanan yang terpaksa aku tempuh semasa berada di perantauan...Hidup sebagai musafir tidak patahkan semangat aku nak terus berjuang bagi habiskan pengajian PhD...Agi idup agi ngelaban...Perjuangan belum selesai.
Allah swt telah janjikan ini;ah yang aku kena hadap utk sebuah kejayaan yang lebih manis di masa hadapan...In sha Allah Aminnnn semoga cita-cita nak menyumbang ilmu kepada masyarakat akan di permudahNya.

Well said, aku dan keluarga telah melaway DisneySea pada November 28 2014, sempena kedatangan sepupu-sepupu ku dan suami serta ibu tersayang.
A few gmbr aku attachkan.
Untuk bayaran masuk ke disneysea JPY 6400 seorang ya..Kanak-kanak bawah 3 tahun ke bawah percuma. Aku pergi hari Jumaat memang tak puas masa tuh.
Perjalanan kami : Narita Airport > DisneySea > menaniki bus limosin > balik ke Maihama Station > Shinjuku Station > KeioTama Center Station
memang letih.

Kebetulan barang-barang beg dan kotak yang di bawa dari Malaysia, terus aku pos dari Narita Airport...Dalam sebiah beg anggaran JPY 1600-1700/pax dan postman akan hantar ke muka pintu anda. Bayangkan rumah apartmen aku tingkat 4 jenuhlah postman tu angkut 10 beg luggage dan 3 kotak makanan kami...berbaloi!
OK sesiapa nak tahu lanjut service delivery barang dari Airport-ke rumah/hotel/pejabat beralamat di Jepun silalah refer MR gugel > nasihar aku buka guna gugel chrome sebab mudah untuk English ver

http://www.narita-airport.jp/en/guide/service/list/svc_05.html

http://www.kuronekoyamato.co.jp/en/tourist/airport/


Ok then pada 2015, kami memulakan bulan pertama dengan ekspidesi kami ke Asakusa, Tokyo Skytree dan juga Odaiba (aku dah pergi dua kali)
Ini trip weekend terpanjang aku bersama 2 gadis-gadis kesayangan aku dan suami. Kami join kawan baik aku punya trip sebab dia pun bawak famili abg dia berjalan

Ok, boleh gugel information untuk keterangan lanjut. Sebab kalau tambang train dan tambang bus amat berlainan ikut destinasi ye kawan2.

Asakusa:  http://www.jnto.go.jp/eng/location/regional/tokyo/asakusa.html
JR kanto pass (untuk pelancong sahaja layak) http://www.japan-guide.com/e/e2361_06.html
JR kanto pass: http://blog.gaijinpot.com/cooling-kanto-area-pass/
Odaiba: http://www.japan-guide.com/e/e3008.html

Ok ini sahaja setakat ini. Nak buat breakfast dan start ritun harian ke lab di campus Minami Osawa

Mattane (see you later)

Ini gambar kami semasa di disneysea November 2014
Safmili reunion after almost 2 mmonths aku berpisah



Ibu , sepupu aku zaity , anak sedara sepupu aku, ruzaini, Julis Juliana hehe dan somi terchenta





Fimi hanani farhah , babah & chipmunk






Penulis bersama keluarga tersayang


Next time aku upload gmbr ke asakusa dan Odaiba....