Friday, June 5, 2015

Homestay Jepun 1

 My little hana in Winter time :)

 My campus..
Lovely campus Tokyo Metropolitan University
Very good environment and it wan Autumn 2014- October

Sushi time with my siblings, cousins, family
when they came last April 2015


Fuh....nak upload gambar berjalan banyak sangat...tapi kalau nak tahu psl jepun,,,
huda boleh cakap it was and will be very good environment

cuma sometimes mmg feel ckp dgn nihon jin mcm ayam dgn itik tapi belasah je
lelama dah terbiasa
jadi ok aja...
kita buat hal kita je...


o kalau sapa tanya pasal pakej homestay
currently kami buat pakej homestay + breakfast
and bento (if requested)

Bento Halal nih kami buat suka2 sebab nya susah sikit cari makanan halal di bumi sakura

kalau ada,,, memang mahal dan jauh sedikit dan tidak semua station ada halal menu...

so prefer  lah mana yang korang nak...


Pakej homestay + breakfast

RM 75/ head/night

Kemudahan nya
#set bilik tidor (tatami ye; tikar jepun + tilam+bantal+selimut)
# ada kipas/ heater (bergantung pd season korang datang)
# wifi dlm rumah (24hrs unlimited)
# heater shower
# kettle
# microwave
#breakfast menu(nasi lemak/western/ Malaysian style)


kalau nak pakej tourist guide kena buat harga lain sebab bergantung pada iteneri dan juga
tempat airport yang kami akan pick up korang
sebab charge untuk yang arrive di Haneda (tokyo) @ Narita (Tokyo) banyak bezanya

so kalau dah booked tiket tuh cepat2 contact kami ye


So far bulan August dan awal (5)september dah ada booked

Bulan 12 hingga Januari 2016 pun dah nak full booked


Yang masih kosong Autuman 2015 (Oktober-November)


Destinasi?
Banyakkkkkk tak larat nak masuk dlm gmbr hahaha


ok

Whats app ye nak booked homestay +818053895247
email : ladyfarhana@gmail.com
IG : huda2708


 @ Odaiba (Art Museum ~ entrance fee 900JPY dlm RM 27 per adult)
Banyak sangt dia punya art..best!

 INi acara wajib kalau di Odaiba
Ferris wheel (dlm 900JPY jugak untuk gondola yang warna warni)
Kalau gondola yang CLEAR (warna putih lagi mahal skit)
Tiket beli kat Machine/ ada sales girl jual

ini Lah yang di cari kalau di Odaiba ~ Patung Gundam...femes ni lah kat Jepun,
Tapi sumpah aku tak pernah tgk pun cerita dia
kalau tunggu smpi mlm kat 
Diver City Plaza ni, Gundam akan bergerak2 siap lampu2 bagai hahahah
Masuk ni free tgk lah puas2...
Memang syok...Tapi anak gadis aku menangis masa p tgk GUNDAM

 Ini tram masa aku p conference kat Kagoshima
Memang havoc p sana..
Aku buat poster presentation je
Tapi sangat lah happening sebab first time round luar dari Tokyo prefecture

Hehe Harga tram seperjalanan (mana2 station pun dalam 180 JPY ~ RM 5.40)
 Ini best masa first time aku sampai kat Karuizawa Outlet Shopping Park
Memang ler shopping sakan
Havoc
Hahaha
Ini depan butik apa ntah depan MK ke Coach ke? atau depan Ralph Lauren
hahaha
lupa dah ingatan makcik :(




 Kenangan di platform tunggu shinkansen (bullert train) masa ni kami ambil pas JR KANTO untuk 3 ari berturut2 naik shinkansen round satu tokyo
P lah area mana janji akwasan KANTO
ada yang best guna shinkansen ni sbb ID dlm shinkansen ni mcm hotel


Mak aku, adik aku dan anak sedara aku...try bergambar dengan mata shinkansen





Ini tempat wajib sampai di sini

Tokyo Disneyland


Nov 2014- Disneysea
April 2015 Disneyland

Lenkali nak p lagi hahaha sebab tak puas



Then aku nak try juga melawat masjid2 di Tokyo ni

In shaAllah tunggu pos akan datang


Nak dtg jepun boleh contact  homestay kami
:)

Huda
Tama, Tokyo

Jepun...Jepun...Jepun.....

Hai....Assalamuaaikum
Konbawa....
maaf lah lama sangat huda menyepi kan..
Last blogwalking rasanya Januari

Sekarang dah June 2015 dan tinggal 11 hari lagi meniti Ramadhan 1436


huhu.....waduhhh post pasal jepun ni mmg femes kot...
ramai lah dok pakat tanya escp pasal study..
Adik2...kakak2..abg2...yang comel2 belako...ni nak habaq mai..
apa yang saya tulis ni adalah berdasarkan kepada pengalaman semata ye..jadi lain padang lain belalang,
lain biasiswa lain approach nya...lain kerajaan lainlah undang2 nya..
so before nak p study jejauh...kasi kenal dulu serba serbi luar dalam ya..

ni nak bagi pengajaran sebab saya smpi jepun TANPA bahasa jepun...
ingat ya..TANPA bahas jepun,.sampai sini memang merangkak, menggelusur lah belajar
dannnn alhamdulillah sekurang-kurangnya lepas lah nak p kaimono (shpping) or p makan kat resutoran kan...
so pepandai lah nak hidup....

Hah bercakap pasal Jepun,huda sambung lah lagi pasal sekarang nih mcm2 isu yang ada dlm kepala nih...


1- Rasanya huda nak share pasal apa yang huda buat di sini ye

2- Huda study pasal Tourism Sc...and my project two scope (urban parks dan homestay) tapi matlamat yang sama iaitu kaitannya dengan nature attractions dan how homestay di malaysia ambil importance of nature attractions in their recreation package/programme

3- Di samping tu, huda merupakan online entrepreneur..ada jual kain online dan usahakan some part time job dgn husband (homestay dan tourist guide) untuk Org Malaysia yang datang ke Jepun


so mana yang menarik nak cerita..
hahaha huda cerita pengalaman jenjalan aja lah lepas nih

Bukan maksud huda tak study ye di sini
Cuma jadual di sini kita sendiri yang manage

Macam huda ke kelas Isnin hingga Khamis..
Jumaat amik tugasan di rumah
Sabtu dan Ahad giliran ke lab pulak..
Jika cuaca sabtu tak hujan, kami buat family outing
Jika hujan, huda akan ke lab dan teruskan research mcm biasa

 Ahad...jika tiada yang urgent half day kembali ke lab dan petang makan di luar bersama famili
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah suasana pelajaran di sini flex sbb kami pelajar phD jadi ada masa sibuk dengan presentation , ada masa sibuk dengan writing paper analisa data, key in data, data collection hahahah
kan dah dapat time management tuh

Ok ok nak buat pos baru...pasal jenjalan....bye!


assamualaikum...
oyasuminasai


Matta ashita
~Huda, Tokyo, June 5/2015~



Sunday, January 18, 2015

Pengalaman 3- PhD di Jepun

Assalamualaikum..
Wah telah Tahun baru 2015.
Ehmmm selalu kaitkan tahun baru dengan azam baru? Aku ponya azam..biarlah aku sendiri yang tanam dan simpan dalam hati...Dah tulis dalam hati buku aku dan juga dalam diari...:)
Actually dah 19 hari di tahun 2015. Banyak cerita suka, sedih yang melanda...
Alhamdulillah pada Januari 3 (Maulidur rasul 12 Rabiulawal) telah berlangsung majlis pertunangan sepupu aku bersama pilihan tercenhta nya..Se moga Abg Ajin (a.k.a Mr Romis Razin Adilha bin Datuk Abd Jais) dan tunang tersayang Hanez Suraya Abdul Aziz dapat ke jinjang pelamin seperti dirancang pada Mac 2015 nanti....amin....

Yang sedih dan dukacita...banyak saudara mara dan sepupu juga yang telah pergi pada Januari 2015.
Tanggal 12 Januari, nenek sepupu kesayangan aku..meninggal dunia semoga Dalina Muhaimin sekeluarag tabah menghadapi dugaan ini. Arwah nenek yang biasa aku panggil "nenek" sangat peramah dan baik hati. Selalu berkunjung ke rumah arwah masa aku kecil2 untuk ke pasar malam hari jumaat, semasa hayat arwah abah besarkan aku dan adik di kampung sijangkang..Rindduuuuu sangat rumah sijangkang..rumah kampung yang banyak kesah suka duka masa aku membesar dan ibu dan arwah abah susah payah sekolahkan aku, ualng alik dari Sijangkang ke Shah Alam sepanjang 17 tahun. Lepas beli rumah di shah Alam memang jarang dah balik sijangkang.

Buat arwah Hajah Fabilah Abdul Halim..kenangan bersama mu sebagai kakak sepupuku yang paling peramah tak ku lupa. Arwah pergi mengahadap Illahi pada pagi khamis, Janari 16 yang lalu kerana kanser otot. Ya Allah, sepanjang hayatnya, beliau memang rajin terutama untuk deko2 di majlis perkahwinan sanak saudara dan sangat prihatin dengan arwah abahku.Teringat seminggu selepas Swayal tahun 2014, beliau dan suami lawat abah di rumah dan singgah utk beritahu arwah nak tunanikan haji, masa aku juga ODW ke Jepun...sedih.itulah kali terakhir, aku arwah abah dan arwah Kak Bilah berborak...sesungguhnya Rahsia Allah swt sangat besar. Itulah kali terkakhir kami sempat bermaaf-maafan :((((

Al fatihah untuk semua insan-insan yang aku kenali dan semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditemptakan di kalangan para solehah...aminnn
aku diperantauan hanya mampu kirimkan doa dan ingatan yang tulis ikhlas...
Siapa kata tak rindu Malaysia.
Itukan tempat tumpah tanah darahku... :)

Well...hidup kena terus, Aku tahu inilah pengorbanan yang terpaksa aku tempuh semasa berada di perantauan...Hidup sebagai musafir tidak patahkan semangat aku nak terus berjuang bagi habiskan pengajian PhD...Agi idup agi ngelaban...Perjuangan belum selesai.
Allah swt telah janjikan ini;ah yang aku kena hadap utk sebuah kejayaan yang lebih manis di masa hadapan...In sha Allah Aminnnn semoga cita-cita nak menyumbang ilmu kepada masyarakat akan di permudahNya.

Well said, aku dan keluarga telah melaway DisneySea pada November 28 2014, sempena kedatangan sepupu-sepupu ku dan suami serta ibu tersayang.
A few gmbr aku attachkan.
Untuk bayaran masuk ke disneysea JPY 6400 seorang ya..Kanak-kanak bawah 3 tahun ke bawah percuma. Aku pergi hari Jumaat memang tak puas masa tuh.
Perjalanan kami : Narita Airport > DisneySea > menaniki bus limosin > balik ke Maihama Station > Shinjuku Station > KeioTama Center Station
memang letih.

Kebetulan barang-barang beg dan kotak yang di bawa dari Malaysia, terus aku pos dari Narita Airport...Dalam sebiah beg anggaran JPY 1600-1700/pax dan postman akan hantar ke muka pintu anda. Bayangkan rumah apartmen aku tingkat 4 jenuhlah postman tu angkut 10 beg luggage dan 3 kotak makanan kami...berbaloi!
OK sesiapa nak tahu lanjut service delivery barang dari Airport-ke rumah/hotel/pejabat beralamat di Jepun silalah refer MR gugel > nasihar aku buka guna gugel chrome sebab mudah untuk English ver

http://www.narita-airport.jp/en/guide/service/list/svc_05.html

http://www.kuronekoyamato.co.jp/en/tourist/airport/


Ok then pada 2015, kami memulakan bulan pertama dengan ekspidesi kami ke Asakusa, Tokyo Skytree dan juga Odaiba (aku dah pergi dua kali)
Ini trip weekend terpanjang aku bersama 2 gadis-gadis kesayangan aku dan suami. Kami join kawan baik aku punya trip sebab dia pun bawak famili abg dia berjalan

Ok, boleh gugel information untuk keterangan lanjut. Sebab kalau tambang train dan tambang bus amat berlainan ikut destinasi ye kawan2.

Asakusa:  http://www.jnto.go.jp/eng/location/regional/tokyo/asakusa.html
JR kanto pass (untuk pelancong sahaja layak) http://www.japan-guide.com/e/e2361_06.html
JR kanto pass: http://blog.gaijinpot.com/cooling-kanto-area-pass/
Odaiba: http://www.japan-guide.com/e/e3008.html

Ok ini sahaja setakat ini. Nak buat breakfast dan start ritun harian ke lab di campus Minami Osawa

Mattane (see you later)

Ini gambar kami semasa di disneysea November 2014
Safmili reunion after almost 2 mmonths aku berpisah



Ibu , sepupu aku zaity , anak sedara sepupu aku, ruzaini, Julis Juliana hehe dan somi terchenta





Fimi hanani farhah , babah & chipmunk






Penulis bersama keluarga tersayang


Next time aku upload gmbr ke asakusa dan Odaiba....


Wednesday, December 24, 2014

Pengalaman-2 PhD di Jepun

*Tips sambung belajar*

Assalam ,
seperti dijanjikan kena lah upload blog baru yang dah lama terperam dalam lubuk hati.
Well today aku nak share tips yang berdasarkan pengalaman aku lah ye untuk kengkawan yang nak sambung belajar. Tak kesah apa evel, bagi aku once dah cita-cita nak sambung study its a good start and finally you have to completed the study as I really wish you GOT (Graduate on time).
Yang sebenarnya aku tak layak pun nak bagi tips ni sebab kita punya hala tuju berbeza. Dengan pengalaman aku yang baru jadik student balik ni..ecehhh so just sharing lah

Untuk yang nak sambung master/phd:-
1) Tentukan bidang UTAMA anda.
2) Kena buat priority yelah sebab master/phD kira bidang yang akan jadi expertise kita.Tak bole tak sure sebab anda akan jadi penyumbang utama dalam bidang ilmu tersebut. Yelah nk jadi resource person kan satu hari nanti..Kalau bidang pun tak tentu hala..hah kan susah hidup nanti

3) CONNECTION - buat lah network dan link kan bidang anda dengan sifu utama anda. Di Jepun kami akan panggil SENSEI who is our CIKGU dalam bidang tersebut. Kalau boleh mintak email address, no telefon dan tahu tentang beliau (macam apa yang dia tulis, bidang kepakaran dia)

Ini untuk pastikan kita dapat sifu yang betul. Manatahu rezeki anda satu hari nanti dapatlah ganti tempat dia kan :)

4) FOLLOW UP - dah tahu tentang SENSEI anda, perlu follow dia...ikut dia kalau dia tulis banyak paper...baca dan jadikan bahan rujukan utama atau tengok rujukan yang SENSEI/SIFU anda jadikan rujukan. Baca baca dan baca (nasihat untuk diri sendiri juga)

5)  Hah itu aje tips yang ringkas untuk student yang sama-sama berjuang macam aku khas untuk yang buat RESEARCH...yang nak buat COURSEWORK utk master..go ahead...anda hanya perlu attend class, jawab kuiz, dan ambil exam...kalau ada elemen research sikit sahaja sebagai requirement untuk anda graduate..Itupun project mini dan akan di buat bersama rakan sekelas. Tak jadi masalah (Lain Uni Lain approach nyer) Rujuk pada universiti anda ok...

Uhu rasanya tips aku bagi sebab aku follow juga tips ini. MAsalah utama masa tu aku ada conflict of intereset antara job sebenar aku dan bidang pilihan aku. Hanya Allah swt yang membantu aku masa itu dan melorongkan aku ke bidang yang aku ingin jadi expert..Tourism Managament. Alhamdulillah
Itulah nikmat terbesar Allah...

Masa jumpa sensei (bakal SV) tahun 2012 aku ke Conference International untuk present paper on behalf my bos kecik. As aku pun co-author dan paper research itu kami tulis bersama, Allah izinkan aku langkah kaki ke bumi kenyalang pada masa itu.. Masa itu, aku diperkenalkan dengan Sensei aku oleh seorang wanita yang sangat suppport aku untuk buat tourism di tempat kerja aku.
Atas bot untuk fildtrip aku kenal dgn sensei, terus sensei tanya "Mahu buat phd di Jepun?"


Masa itu aku baru je tamat Master di UiTM Shah Alam dan belum konvo pun.

Aku pun telan air liur...
Malam tu, solat istikharah, solat hajat dan cerita dgn husdand.

Confirm lah banyak halangan dan aku pun tak ready.

Tapi entah kenapa bila SENSEI email.aku tersu jawab nak sambung..

Gerakan hati dari Allah SWT..Dengan kekuasaaan Nya, aku diterima jadi PhD candidate

Arwah abah macam tak setuju sebabnya tidak dikenalpasti.
Mungkin dia risau cucu sulungnya tak dapat didikan agama sempurna bila ke negara bukan Islam.


Sangat mencabar untuk yakinkan arwah abah

Sampailah arawah abah pergi, ibu aku still tanya betul ke nak pergi Jepun?


Allahuakhbar masa tu memang aku rasa nak nangis dan nak koyak je tiket flight aku...

MAsa ziarah kubur arwah abah aku cakap aku nekad nak sambung. Mungkin dengan sambung PhD aku dapat sedikit semangat untuk berjuang di negara orang.

Ya perjuangan PhD bukan mudah
Bukan seperti buat Master (yang hanya transition period) boleh tambah element dan mengguna pakai theory dan apllication sedia ada.

PhD juga pada hakikatnya buakn mudah, Memang banyak cara dan tips untuk GOT seperti Dr. Othamn Talib yang banyak curahkan ilmu tentang Tulis Tesis Cepat.

Jadi di sini lah perjuangan aku.
Genap 3 bulan di bumi matahari terbit, menanti perubahan musim iaitu musim Winter yang akan aku harapkan dapat jadi pengalaman pertama yang teramat manis.

Suhu ada kala -1 sebagai cabaran utama utnuk aku bnagun pagi dan mula menulis dan menaip proposal


Nasihat aku, ayng nak sambung
Jgn putus asa mencuba-Peluang banyak dan ada di mana-mana, mintak yang terbaik dariNya

Yang tengah sambug study macam aku
Jom teruskan perjuangan ini. Perjuangan belum selesai selagi belum ada paper atau jurnal diterbit

Bangun TAHAJUD, DHUHA setiap pagi, Al- Quran aim sekurang-kurangnya 4 pages sehari, SEDEQAH (walau di Tokyo tak ada yang layak terima sedeqah; buatlah makanan jamu jiran tetangga), dan Al-Waqiah sekurang-kurangnya 1 kali sehari..Tak lupa zikir Al Wahhab 40 ribu X
sehari..


Aku masih cuba amalkan ia...dan puasa juga sebab sekarang masuk magrib awal...(Autumn dan Winter Masa malam adalah panjang).


Yang dah selesai PhD-TAHNIAH...anda telah jadi penyumbang ilmu utk bidang anda. Semoga titik permulaan itu jadi Langkah terbesar untuk anda TERUS menyumbang kepada dunia ilmu yang sangat kecil ini.

Ilmu Allah yang luas langit dan bumi memang kita tak terjangkau.

hah apa lagi...ini je...Daa..nak pergi lab dan sambung buat research...

Tima kasih sudi baca
 Alhamdulillah, almost 1 month pencetus semangat aku dah hidup bersama di Ochiai -3-chome aku hehe

 Dengan rakan seangkatan sama scholarship-ASIAN HUMAN RESOURCE FUND 2014
 Melawat Sahabat yang study di CHIBA UNI, Chiba
Autumn in my backyard. Yup di belakang rumah aku. Sangat Indah ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah...


Winter soon...WELCOME Sugoi...!  :)

Friday, December 12, 2014

Pengalaman -1 PhD/PHD di Tokyo, Jepun

Assalamualaikum.
Kesempatan ini, aku bersyukur sangat dapat dipertemukan semula dengan famili aku..Yes my small famili.Dan paling aku beruntung suami dapat cuti tanpa gaji.Thanks to the company management.

Then, aku telah berada di sini since September 26 dan today dah genap 2 bulan 2 minggu...Wowi alhamdulillah...dan genap juga arwah abah pergi menghadap Illahi 4 bulan 18 hari....Al fatihah

Apa yang aku rasa semasa dapat ke Tokyo?
Ramai sahabat/relatives dan families tanya, Why tokyo? Why Japan? Allahuakhbar kalau lah aku ada jawapan untuk semua itu, pasti dah terjawab.Hati kecil aku hanya berkata Alhamdulillah....ini rezeki aku dengan segala halangan yang akan berlaku selepas ini.

Pengalaman selama hampir 3 bulan..
1) Kawan ramai international dan ada Malaysian..sememangnya buatkan aku tak rasa sunyi
2) Masalah bahasa..Disebabkan aku ke Tokyo tanpa ilmu bahasa dan Nihongo aku sangat teruk aku masuk basic kelas N5 untuk Nihongo tapi masih dalam proses pembelajaran.
3) Rumah alhamdulillah, sampai jejak Jepun, aku dapat rumah apato (apartment) 3 bilik lengkap dengan microwave, mesin basuh, katil dan peti ais..Rezeki..dan bulanan aku perlu bayar kepada penyewa adalah YEN 25,500 ~ RM 700 shj
4) Pasal waste management hahaha ini cerita 10 hari 10 malam pun tak cukup


Upsss..aku stop sini..tengah kukus puding roti..kang kejung pulak..
Jumpa ya,,,gambar akan aku upload...sdikit hari lagi hehehehe


Chow
assalam...

Next aku akan cerita macamana nak sambung belajar di Jepun ...hehe

tunggu

Friday, December 5, 2014

2014 Ceritera hidup "Tetap teruskan hidup kerana Allah Hanya Allah Yang ku Ada"

Assalamulaikum..
Tup2 dah setahun lebih tak bermadah dan luah rasa dalam blog ini
FUhhhhh
Sekejap nyer dah 2014- dipenghujung tahun
Allahuakhbar..
Of course banyak cerita untuk dishare

1- January- April 2014 aku cuti bersalin dan cuti tanpa gaji menjaga Fimi Hana Fasihah yang rashes and mild eczema..
Alhamdulillah on June 2014..she entered new nursery and become more healthy.
Yes, our second bundle joy brings a lot of happiness and also comes with all the test..

2- Arwah abah tersayang pergi selamanya on August 25th masa umur aku nak injak 31 tahun..Hero kesayangan aku pergi tanpa pesan, tanpa sebarang sakit kronik dan Allah uji kami hanya 3 minggu abah di wad kerana sakit jantung + pneumonia. All the test came to our family is in very short time..

3- Arwah Uncle Jais (Datuk Abdul Jais Selamat) meninggalkan kami pada 25 June 2014..Allahuakhbar..what a test from HIM that took all my heroues that always pray and give me all the guidance. Satu0satunya wali dan saksi perkhawinan aku (arwah uncle) pergi tanpa pesan.. dengan mudah sekali Allah ambil mereka.Al-fatihah semoga roh mereka di cucuri rahmat..

4- Finally I m here at Tokyo metropolitan University..Fight with all the journals and strunggle to begin new life as PhD Student..
Alhamdulillah family dah selamat sampai di sini setelah hampir 2 bulan tinggalkan mereka di Malaysia.
Baby hana become more allergic with the new weather..Kakak FIMI always be my big baby..Penghibur aku di kala kepenatan balik dari lab dan kelas...Fuhhhh...will updates with lots of more attractive and interesting stories in future...
Insha Allah..
Sekarang masa banyak bergantung pada aktiviti anak-anak..
Sangat lah berharga
Yes, TIME IS GOLD heheheh..


Watashiwa Huda Farhana-de su..
Malaysia, Kuala Lumpur kara'
Shotu daigaku Tokyo

and I love JAPAN
Semoga Allah swt permudahkan urusan aku.
Bismillahitawakkaltuallallah...
Rabbis yassir walatuassir, rabii tammil bil khair..

Aminn












Nak belanja gambar sikit...

Wednesday, September 18, 2013

September : Datang dan Pergi.....Airmata, Ketawa...

Assalamualaikum...salam sejahtera
Semua sihat ke...Uisshhh bersawang sebulan lah blog ni.
Rasanya terlalu bizi dengan rutin harian jadi sampai terlupa nak update.
Ceritera pagi yang sunyi ini jam 4.30 pagi pasal bulan September 2013.

1. Macamana Fimi sembuh sepenuhnya dari demam campak dan cacar air.
2. Cete aku dan My Pregnancy ini..

Heheh First of all kena jugak mintak maaf kat somi aku..heheh beriya aku kata paperhal aku mmg cete kat dia..tapi adakala aku rasa menulis ini lebih buat aku puas...

Masa fimi kene demam campak lepas tuh keluar air-air di badan dan tangannya Syawal yang lepas...aku pun pasrah dengan dugaan itu.
1. Aku tak tido dengan fimi, as takut "adik" fimi effected..Dan itu memang nasihat para doktor...Imuniti ibu mengandung ni kan rendah....
2. Fimi tak gemar minum air kelapa; mungkin bagi dia payau kan, jadi aku gantikan dengan Prebiotik Lacto 5 untuk kuatkan imun dia..dan Air kelapa 2 biji yang En hubby belikan aku mandikan dia time ptg...seblm Magrib mesti dia dah mandi dan make sure dia akan ku tukar baju bersih at least 2-3 kali sehari

3. Kadang2 kalau tengahari dia nak tido, aku alas badan dia dengan Daun Semambu..tanpa baju kekadang pakai pempers je..

4. Demam dia cepat kebah sebab aku last2 bagi juga ubat doktor tuh tapi 2 kali sehari dan kurangkan dos..
Kebetulan masa fimi kene dia almost 2 tahun; 1 tahun 11 bulan. Jadi aku still berhati2 bagi ubat-ubatan streoid pada dia

5. Kami bergilir (hubby and I) bercuti memadangkan masa tu pun tgh cuti raya..jAdi dia taklah ke Taska..
So senang sikit pantau dia..Bubuh calamine lotion juga biar dia sejuk and hadapkan kat kipas or buka aircond.

6. Masa ni selera makan dia tak menentu; kejap nak susu kejap nak nasi kejap nak biskut,Jadi aku banyakkan juga bagi buah-buahan..
Paling Fimi suka buah kiwi..kadang2 betik...so janji dia makan. Tapi telur, ayam, ikan bilis dan benda-benda yang boleh menjadikan badan dia gatal memang aku elak..
Goreng2 pun kekadang terlepas jugak.Maklumlan musim raya kan banyak kerepek dan maruku...itulah pulak favorite dia.

7. Malam dia akan tido toto dengan ayahnya beralaskan daun bambu juga..aircond di pasang dan masa tuh make sure rumah kena di mop, divakum dan dibersihkan selalu..

8. Ada orang kata demam campak/cacar air ini takyah mandi, tapi aku mandikan aje sebab bintik2 dan cacar air fimi tuh tak banyak...siap boleh kira.Yang banyak pun kat muka...Memang sememeh aje muka dia masa tuh.Jadi terpulang pada Mummy and daddy ye nak mandikan anak ke tidak.

9. Fimi kena demam dan campak tuh dalam 5 hari yang betul2..hari ke 6 dia dah aktif dan merah2, bintik2, cacar pun tak tumbuh barulah kitorg sambung beraya...hahaha...Tahun ni lah raya paling sempoi....memang dugaan kan untuk aku...

Takpalah anak sakit itu ujian Allah...Banyakkan doa, selawat dan masa aku lap2 badan fimi doakan dia cepat sembu.Kadang2 dia akan menggaru juga badan dia dan muka tapi cakap lah leklok...
Kita kalau kena pun rasa tak selesa, inikan budak yang tengah lasak nak main kena sakit itu..Hai tuhan je yang tahu...


ok...Pagi ini belum ada mood cete Diari Pregnancy aku..Biarlah rahsia dahulu sampai semua dah confirm.
Semoga aku terus kuat, kuat dan kuat dengan dugaan Allah ini..
Demi insan-insan yang aku sayang..
Gambar belum lagi upload..so far aku sharing segala doa untuk aku terus amalkan dalam seharian.
Berat dugaan Allah ini, tapi yakinlah dugaan Allah itu adalah sedaya dengan kemampuan kita semua,
Amin ..in sha Allah...
Will update uollss dengan cete dan diari pregnancy bila aku perkhabaran bulan Okt 2013 ini ya.
Wait.....

1. Solat hajat setiap malam
2. Ada masa lapang, luangkan waktu dengan mengaji
3. Berdoa, berdoa dan berdoa......
Aku memang menangis atas apa yang berlaku sekarang tapi inilah ujian Allah untuk aku..
Luaran aku kuat, Tapi hati?
Allah tahu bagaimana aku nak menghadapi baki 16 minggu aku mengandung..
=Adik Fimi kali ini Jantinanya Dirahsiakan dulu...Aku mcam dah tahu apa Tapi nak tunggu confirm keluar bulan 1 nih barulah di buat officially announcement,,,hehe

Semoga aku tabaha, redha dan bersangka baik dengan Allah...Ins Sha Allah amin...