Wednesday, December 24, 2014

Pengalaman-2 PhD di Jepun

*Tips sambung belajar*

Assalam ,
seperti dijanjikan kena lah upload blog baru yang dah lama terperam dalam lubuk hati.
Well today aku nak share tips yang berdasarkan pengalaman aku lah ye untuk kengkawan yang nak sambung belajar. Tak kesah apa evel, bagi aku once dah cita-cita nak sambung study its a good start and finally you have to completed the study as I really wish you GOT (Graduate on time).
Yang sebenarnya aku tak layak pun nak bagi tips ni sebab kita punya hala tuju berbeza. Dengan pengalaman aku yang baru jadik student balik ni..ecehhh so just sharing lah

Untuk yang nak sambung master/phd:-
1) Tentukan bidang UTAMA anda.
2) Kena buat priority yelah sebab master/phD kira bidang yang akan jadi expertise kita.Tak bole tak sure sebab anda akan jadi penyumbang utama dalam bidang ilmu tersebut. Yelah nk jadi resource person kan satu hari nanti..Kalau bidang pun tak tentu hala..hah kan susah hidup nanti

3) CONNECTION - buat lah network dan link kan bidang anda dengan sifu utama anda. Di Jepun kami akan panggil SENSEI who is our CIKGU dalam bidang tersebut. Kalau boleh mintak email address, no telefon dan tahu tentang beliau (macam apa yang dia tulis, bidang kepakaran dia)

Ini untuk pastikan kita dapat sifu yang betul. Manatahu rezeki anda satu hari nanti dapatlah ganti tempat dia kan :)

4) FOLLOW UP - dah tahu tentang SENSEI anda, perlu follow dia...ikut dia kalau dia tulis banyak paper...baca dan jadikan bahan rujukan utama atau tengok rujukan yang SENSEI/SIFU anda jadikan rujukan. Baca baca dan baca (nasihat untuk diri sendiri juga)

5)  Hah itu aje tips yang ringkas untuk student yang sama-sama berjuang macam aku khas untuk yang buat RESEARCH...yang nak buat COURSEWORK utk master..go ahead...anda hanya perlu attend class, jawab kuiz, dan ambil exam...kalau ada elemen research sikit sahaja sebagai requirement untuk anda graduate..Itupun project mini dan akan di buat bersama rakan sekelas. Tak jadi masalah (Lain Uni Lain approach nyer) Rujuk pada universiti anda ok...

Uhu rasanya tips aku bagi sebab aku follow juga tips ini. MAsalah utama masa tu aku ada conflict of intereset antara job sebenar aku dan bidang pilihan aku. Hanya Allah swt yang membantu aku masa itu dan melorongkan aku ke bidang yang aku ingin jadi expert..Tourism Managament. Alhamdulillah
Itulah nikmat terbesar Allah...

Masa jumpa sensei (bakal SV) tahun 2012 aku ke Conference International untuk present paper on behalf my bos kecik. As aku pun co-author dan paper research itu kami tulis bersama, Allah izinkan aku langkah kaki ke bumi kenyalang pada masa itu.. Masa itu, aku diperkenalkan dengan Sensei aku oleh seorang wanita yang sangat suppport aku untuk buat tourism di tempat kerja aku.
Atas bot untuk fildtrip aku kenal dgn sensei, terus sensei tanya "Mahu buat phd di Jepun?"


Masa itu aku baru je tamat Master di UiTM Shah Alam dan belum konvo pun.

Aku pun telan air liur...
Malam tu, solat istikharah, solat hajat dan cerita dgn husdand.

Confirm lah banyak halangan dan aku pun tak ready.

Tapi entah kenapa bila SENSEI email.aku tersu jawab nak sambung..

Gerakan hati dari Allah SWT..Dengan kekuasaaan Nya, aku diterima jadi PhD candidate

Arwah abah macam tak setuju sebabnya tidak dikenalpasti.
Mungkin dia risau cucu sulungnya tak dapat didikan agama sempurna bila ke negara bukan Islam.


Sangat mencabar untuk yakinkan arwah abah

Sampailah arawah abah pergi, ibu aku still tanya betul ke nak pergi Jepun?


Allahuakhbar masa tu memang aku rasa nak nangis dan nak koyak je tiket flight aku...

MAsa ziarah kubur arwah abah aku cakap aku nekad nak sambung. Mungkin dengan sambung PhD aku dapat sedikit semangat untuk berjuang di negara orang.

Ya perjuangan PhD bukan mudah
Bukan seperti buat Master (yang hanya transition period) boleh tambah element dan mengguna pakai theory dan apllication sedia ada.

PhD juga pada hakikatnya buakn mudah, Memang banyak cara dan tips untuk GOT seperti Dr. Othamn Talib yang banyak curahkan ilmu tentang Tulis Tesis Cepat.

Jadi di sini lah perjuangan aku.
Genap 3 bulan di bumi matahari terbit, menanti perubahan musim iaitu musim Winter yang akan aku harapkan dapat jadi pengalaman pertama yang teramat manis.

Suhu ada kala -1 sebagai cabaran utama utnuk aku bnagun pagi dan mula menulis dan menaip proposal


Nasihat aku, ayng nak sambung
Jgn putus asa mencuba-Peluang banyak dan ada di mana-mana, mintak yang terbaik dariNya

Yang tengah sambug study macam aku
Jom teruskan perjuangan ini. Perjuangan belum selesai selagi belum ada paper atau jurnal diterbit

Bangun TAHAJUD, DHUHA setiap pagi, Al- Quran aim sekurang-kurangnya 4 pages sehari, SEDEQAH (walau di Tokyo tak ada yang layak terima sedeqah; buatlah makanan jamu jiran tetangga), dan Al-Waqiah sekurang-kurangnya 1 kali sehari..Tak lupa zikir Al Wahhab 40 ribu X
sehari..


Aku masih cuba amalkan ia...dan puasa juga sebab sekarang masuk magrib awal...(Autumn dan Winter Masa malam adalah panjang).


Yang dah selesai PhD-TAHNIAH...anda telah jadi penyumbang ilmu utk bidang anda. Semoga titik permulaan itu jadi Langkah terbesar untuk anda TERUS menyumbang kepada dunia ilmu yang sangat kecil ini.

Ilmu Allah yang luas langit dan bumi memang kita tak terjangkau.

hah apa lagi...ini je...Daa..nak pergi lab dan sambung buat research...

Tima kasih sudi baca
 Alhamdulillah, almost 1 month pencetus semangat aku dah hidup bersama di Ochiai -3-chome aku hehe

 Dengan rakan seangkatan sama scholarship-ASIAN HUMAN RESOURCE FUND 2014
 Melawat Sahabat yang study di CHIBA UNI, Chiba
Autumn in my backyard. Yup di belakang rumah aku. Sangat Indah ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah...


Winter soon...WELCOME Sugoi...!  :)

Friday, December 12, 2014

Pengalaman -1 PhD/PHD di Tokyo, Jepun

Assalamualaikum.
Kesempatan ini, aku bersyukur sangat dapat dipertemukan semula dengan famili aku..Yes my small famili.Dan paling aku beruntung suami dapat cuti tanpa gaji.Thanks to the company management.

Then, aku telah berada di sini since September 26 dan today dah genap 2 bulan 2 minggu...Wowi alhamdulillah...dan genap juga arwah abah pergi menghadap Illahi 4 bulan 18 hari....Al fatihah

Apa yang aku rasa semasa dapat ke Tokyo?
Ramai sahabat/relatives dan families tanya, Why tokyo? Why Japan? Allahuakhbar kalau lah aku ada jawapan untuk semua itu, pasti dah terjawab.Hati kecil aku hanya berkata Alhamdulillah....ini rezeki aku dengan segala halangan yang akan berlaku selepas ini.

Pengalaman selama hampir 3 bulan..
1) Kawan ramai international dan ada Malaysian..sememangnya buatkan aku tak rasa sunyi
2) Masalah bahasa..Disebabkan aku ke Tokyo tanpa ilmu bahasa dan Nihongo aku sangat teruk aku masuk basic kelas N5 untuk Nihongo tapi masih dalam proses pembelajaran.
3) Rumah alhamdulillah, sampai jejak Jepun, aku dapat rumah apato (apartment) 3 bilik lengkap dengan microwave, mesin basuh, katil dan peti ais..Rezeki..dan bulanan aku perlu bayar kepada penyewa adalah YEN 25,500 ~ RM 700 shj
4) Pasal waste management hahaha ini cerita 10 hari 10 malam pun tak cukup


Upsss..aku stop sini..tengah kukus puding roti..kang kejung pulak..
Jumpa ya,,,gambar akan aku upload...sdikit hari lagi hehehehe


Chow
assalam...

Next aku akan cerita macamana nak sambung belajar di Jepun ...hehe

tunggu

Friday, December 5, 2014

2014 Ceritera hidup "Tetap teruskan hidup kerana Allah Hanya Allah Yang ku Ada"

Assalamulaikum..
Tup2 dah setahun lebih tak bermadah dan luah rasa dalam blog ini
FUhhhhh
Sekejap nyer dah 2014- dipenghujung tahun
Allahuakhbar..
Of course banyak cerita untuk dishare

1- January- April 2014 aku cuti bersalin dan cuti tanpa gaji menjaga Fimi Hana Fasihah yang rashes and mild eczema..
Alhamdulillah on June 2014..she entered new nursery and become more healthy.
Yes, our second bundle joy brings a lot of happiness and also comes with all the test..

2- Arwah abah tersayang pergi selamanya on August 25th masa umur aku nak injak 31 tahun..Hero kesayangan aku pergi tanpa pesan, tanpa sebarang sakit kronik dan Allah uji kami hanya 3 minggu abah di wad kerana sakit jantung + pneumonia. All the test came to our family is in very short time..

3- Arwah Uncle Jais (Datuk Abdul Jais Selamat) meninggalkan kami pada 25 June 2014..Allahuakhbar..what a test from HIM that took all my heroues that always pray and give me all the guidance. Satu0satunya wali dan saksi perkhawinan aku (arwah uncle) pergi tanpa pesan.. dengan mudah sekali Allah ambil mereka.Al-fatihah semoga roh mereka di cucuri rahmat..

4- Finally I m here at Tokyo metropolitan University..Fight with all the journals and strunggle to begin new life as PhD Student..
Alhamdulillah family dah selamat sampai di sini setelah hampir 2 bulan tinggalkan mereka di Malaysia.
Baby hana become more allergic with the new weather..Kakak FIMI always be my big baby..Penghibur aku di kala kepenatan balik dari lab dan kelas...Fuhhhh...will updates with lots of more attractive and interesting stories in future...
Insha Allah..
Sekarang masa banyak bergantung pada aktiviti anak-anak..
Sangat lah berharga
Yes, TIME IS GOLD heheheh..


Watashiwa Huda Farhana-de su..
Malaysia, Kuala Lumpur kara'
Shotu daigaku Tokyo

and I love JAPAN
Semoga Allah swt permudahkan urusan aku.
Bismillahitawakkaltuallallah...
Rabbis yassir walatuassir, rabii tammil bil khair..

Aminn












Nak belanja gambar sikit...