Sunday, May 5, 2013

Vietnamesse in Memory-2013

Assalamualaikum.
Pagi ini cuti Selangor.Best selepas berkecamuk je tgk tv, baca paper pasal PRU 13..last2 tutup je tv tu
Seday sebab sesama Muslim pun gaduh pasal politik...Mungkin ia dunia akhir zaman begini...istigfar sekejap
""Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan Allah sebaik-baik perancangan." (Surah Ali Imran, 3:54)"..
apa pun perncangan Allah sebaiknya..dan itu yang terjadi..
Im back from Ho Chi Minh City almost 1 week back..dah rindu itu sama pasar di sana.
Perjalanan ke sana 1 jam 45 minit naik AirAsia..sebab teman my mum..dan trip kali ini bersama my love hubby, my love fimi hanani farhah, ibu and my youngest MAzeni...
Semunya kehendak Allah mengizinkan perjlnn itu bjlan lancar senang mudah walau kami hampir tertinggal flight jam 7.05 pagi pada 28 April lepas...hihi..rupanya semua pergi solat subuh dan tak perasan yang announcement for Saigon Airport telah 3 kali berkumandang...
Ya ALlah...mmg masih rezeki kami dan kami berlepas dengan jayanya...fimi hanani tido sepnjang flight...

Seronok, teruja.

So di kesempatan ini..a few gambar di sana...dan juga tips tambahan buat yang pertama kali yang nak pergi :) please save a lot of space for your luggage, and also be healthy along the trip..

1. Airport tiada air paip; jika ada wet tissue atau ada air mineral boleh lah spare sedikit..tapi di sinki ada air dun worry..

2. Imigresen Vietnam memang akan check every single beg/kotak/plastik yang di bawa..but luckily aku dgn my baby jadi banyaklah kompromi sedikit sbb banyak susu dan dgn beg baju dia aku sumbat kat stroller...
3. Duit tak payah tukar bayk2..peniaga di pasar especially Ben Thanh, Chinatown Market dan kedai2 Muslim terima USD, RM dan of course Dong (DVT)..Masa aku nak g DOng mahal sedikit..Tapi USD ok je
4.Teksi bayar pakai DOng-JIMAT
5. Makan bayar pakai Dong - Jimat
6. Hotel - pakai USD jimat
7. Baju, tudung, kain cotton- bayar pakai RM jimat..sebab pesannay..tawar lah separuh harga untuk kat pasar...dan bawaklah kalkulkator sebab diorang akan tanya ":What ur maximum price" so korang tawarlah harga yang paling rendah ye..kalo tak bole tak apa pegi kedai lain..nescaya diorg akan kejar korang balik :)


 Ini time aku nak exchange duit malam sebelum berlepas...RM 200 aku dapat 1 juta, 250,000 dong.ok lah...puas tuh..
Tapi aku spare RM dan USD untuk benda-benda lain
 Pilihan baju-baju readymade..sangat murah (please jangan convert dan bandingkan kualiti KL) ini semua kain sejuk, banyak warna dan boleh tawar lagi :)
Balai berlepas Saigon...sangat santeks dan paling utama BERSIH...hihi
8. Kalau dah bawak kalkulator kecik bawak lah senarai tukaran wang dalam kertas..mcm aku sikit2 aku tgk Dong-RM kalau RM 100,000 tuh dalam RM 15 pastuh korang buatlah list lain ye...yang selalu guna 100,000, 150K, 200K, dan seterusnya...

9. Bawaklah makanan dari Malaysia..mamcam aku 4H3M, puaslah dapat makan nasi, sambal goreng jawa Homemade dari My beloved husband, roti, biskut, megi, kuah curry, serunding kering (aku tak sempat cari)..

sebab aku bawak rice cooker..sangat kecil rice cooker kami tapi amat berbaloi dengan stok beras yang ngam2..
Makanan halal banyak juga kat area aku duduk tapi Mahal wei...
contoh:sarapan pagi nasi lemak+telur mata RM 8.00 dan kopi air terbaek :RM 5 hihi..bayangkan sarapan pagi RM 13 sahaja..

*Kebetulan aku bawak anak kecik jadi banyak beli sup ayam(ada Muslim jual;halal) dekat kawasan aku duduk-DIstrict 1


10. Siap2 booking online Hotel; Luggage; Makanan dalam flight..sebab bila beli terus mmg mahal...

Mcm luggange ibu aku beli 15kg pergi, balik 45kg hahaha..sebab korang tau tak kalau memborong kain dan telekung beg amat padat

11. Baju nk pakai aku bawak 3 helai, 1 baju tido, 2 baju jalan dan klo kurang beli aje dekat pasar malam...sangat murah dan berbaloi. Beg berat sebab aku tak buat finalize baju anak aku..pakai masuk je...hahaha 


12. Kat Hotel aku duduk Song Anh 3 Hotel (booking dari Booking.com) tu sangat senang klo nk bsuh baju...cepat kering jadi biarlah sikit bwk baju dari Msia..klo leh yang perlu ajer lepas tu borong lah kat sana.


13. Pakai sling beg/begpack senang...senang nak bergerak..

14. Baju pakai cm kat msia, cuaca sana mcm Malaysia..cuma lambat sejam je jadi mcm aku mmg pki jeans and lengan panjang je..anak aku semua aku bwk baju thirt and suar pnjg biasa
15. Dalam hotel ada cerek elektrik, masak air banyak2 sangat panas kat sana yer..
Tapi nak beli air drinking water pun ok...2 botol besar: 1 USD ok lah mcm duit msia jugak klo convert
16. Air kelapa dan buah-buahan banyak kat sana..siapa yang suka buah-buahan pilihlah ade manggis, durian, mangga, ciku dan mcm2 lagi.
17.Pakai kasut dari airport ke hotel dan masa nak bejlan.tapi aku pki selipar masa g beli brg kat kedai2 muslim itu sebab kebanyakan kedai suruh buka kasut sebab nak tgk kain senang


 Mak aku bersoal-jawab dan tawar menawar dengan tokei kedai (Muslim ye) dan pekerja-pekerja itu yang sibuk susun balik baju2 yang telah kami sepahkan hihi
Anak aku boleh berpeluh sepanjang hari..nasib ada stroller pinjaman ini...senang nak lipat dan nak simpan..TQ my beloved kakar ipar..Kak Wa yang sudi meminjamkan ia..Dengan botol airnya, anak aku mmg happy tapi dia ada tabiat baru kat Vietnam..suka sangat nak menolak stroller tu sendiri :)



Ini pintu masuk ke pasar yang paling famous kat HCMC - Pasar Benh Thanh..
Kena hati2 ye aku tak pernah beli makanan kat dalam ini..ragu2 jadi selalu lah cari restoran halal atau ada gerai Muslim jual sup .
Teksi kat HCMC pakai Viannasun Taxi-bermeter, Innova Toyota..kereta aku si cik Vios pun dijadikan teksi di HCMC..wowi...
Jalan sibuk sebab banyak motor dan basikal..Nak lintas kena hati kering sedikit..sebaiknya ada lelaki yang teman :)

OK ini aje lah...hihi...
Happy 6Mei 2013...
Esok keja...hihi/
Semoga di masa akan datang ada masa aku update semula 
(O ye..aku pegi family trip ni semua managed by ourself tak guna travel agent)

Cuba cari tempat2 menarik di Saigon dan HCMC, muzium perang, Cu Chi tunnels..Mekong river..sebab 
yang sempat aku pegi hanya Chinatown Market -kebanyakan untuk pemborong2 barang
Yang boleh beli loose pack hanyalah kain cotton dan sangat murah...murah sangat sila tawar ok!
Lelagi jika anda pelanggan pertama..sebab diorg percaya pelanggan pertama yang datang kedai mesti di layan dan dipastikan beli barang diorg maka tuah dan untung diorg sepanjang hari akan berkekalan..
itu untungnya bangun pagi